Jumaat, 26 Jun 2009

Apa itu Falsafah....tajamkanlah!!!!

Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderong kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan memupunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah.
Perkataan "Falsafah" dalam konteks akademik Anglo-Amerika mungkin adalah sesuatu yang mengelirukan. Ia biasanya merujuk kepada tradisi falsafah daripada tamadun barat dengan mengetepikan tradisi falsafah daripada tempat lain. Masalah ini memnjadi lebih rumit lagi apabila didapati tiada perkataan "falsafah" yang wujud dalam tamadun China, Korea, dan Jepun sehingga abab ke-19. Daripada itu, pernah juga sarjana barat yang menyangka bahawa falsafah itu tidak pernah wujud dalam tamadun ini.
Secara kasarnya, falsafah boleh dibahagikan kepada dua tradisi, yakni falsafah barat dan juga falsafah timur. Bagi tradisi falsafah di Afrika, ia masih dianggap terlalu kabur dan asing bagi kebanyakan orang.
Falsafah barat merupakan satu tradisi falsafah yang laku untuk kawasan Eropah, Amerika termasuk latin Amerika, dan juga di Timur Tengah. Falsafah Islam biasanya termasuk juga ke dalam tradisi ini. Falsafah timur pula merujuk kepada tradisi falsafah daripada Benua India dan juga daripada timur jauh seperti China, Korea, dan Jepun.

1 ulasan:

  1. HASRAT YANG TERGENDALAN NAMUN KINI AKU BAHAGIA....
    tuan, saya salah seorang pembaca blog anda.. dalam rebungan saya tuan boleh dikatakan sebagai seorang yang puitis dalam merungkaikan kata-kata dan tidak hairanlah ramai anak ikan yang tergeletek oleh kata-kata manis tuan malah wanita-wanita yang buta dan besar telinga juga akan mula menyukai tuan.. berbalik kepada permasalah saya tuan..sebelum ini saya mempunyai seorang adik angkat yang sangat rapat boleh dikatakan hubungan kami rapat sesuci cinta Romeo kepada teruna. kumbang dan adam.. namum hubungan kami mulai renggang sejak akhir-akhir ini.. biarpun pada mulanya saya sedih namun saya mula kuatkan hati dan apabila wujud seorang insan yang sangat memberi perhatian kepada saya...saya mulai malas untuk memperbetulkan hubugan dengan adik angkat saya dan saya mulai mewujudkan satu pakatan dalam hati kalau dia (adik angkat) ada adalah kalau dia (adik angkat)tak ada get loser... daripada diri ini terseksa.. pada pandangan tuan yang BANYAK pengalaman dalam memelihara anak-anak ikan ini apakah salah tindakan saya ini. apakah salah untuk saya membri peluang kepada insan yang mahu memberi perhatian kepada saya ini. jawab tuan---pencinta ak..ik

    BalasPadam