Sabtu, 11 Julai 2009

Fikirkan!!!

Berfikir adalah aktiviti akal utk mencapai sesuatu maksud.Berfikir kerana Allah SWT ialah menggunakan kekuatan akal diredai oleh Allah SWT.Menggunakan kekuatan akal dan daya taakulan untuk berfikir ke arah sesuatu yang diredai oleh Allah SWT.Menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT kemudian melakukan kajian dan penyelidikan berasaskan jiwa tadabbur yang tinggi membuahkan sesuatu hasil pemikiran yang menghampirkan manusia dengan pencipta-Nya.
Menggunakan kekuatan akal untuk menyuburkan maklumat yang di pandu oleh asas2 yg benar mampu membimbing maknusia utk mencintai kebenaran.Begitu juga menggunakan akal bg membuat sesuatu pertimbangan yg adil dengan merujuk faktor pemikiran dan syarak mampu memandu manusia ke arah natijah yang baik.....Saudara-saudara ku yang budiman bangkitlah dari lena mu yang panjang ,janganlah diri mu lena di buai mimpi-mimpi nan indah dalam mengharungi badai dilautan.Minda mu masih ada kekuatan untuk berfikir bak kuntuman mawar mekar mewangi.Haruman itu harus menjadi baja menyuburi tangkai iman mu.....ibadah dan amalmu terkandung dalam pemikiran mu yang membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan untuk diri mu di dunia dan akhirat...ingatlah berwaspadalah selalu,durjana sentiasa mengikuti dan mengejar mu,kebaikan itujua kita sentiasa perlu berusaha mencarinya....Fikir-fikirkanlah,renung-renunglah selalu "Berfikir Sesaat lebih baik untuk beribadah Seribu tahun"Wassalam