Selasa, 22 Disember 2009

Hati telah lama gersang Dari siraman kasih sayang Karena hujan iman Sudah lama tidak turun Kita tanamkan kembali Budi penyiram kasihAgar hati yang gersang Gembur dan subur lagi Marilah kita jalinkan Kasih sayang sesama kitaIa telah lama hilangTambah gersang dihati iniKita siram kembaliDengan air iman yang suciDengan menabur budiKepada semua manusia Bila hati gembur dan subur semula Benih mahmudah akan subur kembali Ia kan berdaun subur dan berbunga Memberi manfaat semua kepada Penghuni taman yang resah........untuk kalian salammmm

Rabu, 2 Disember 2009

Selamat menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha yang lepaslah ni.Diharapkan semua beraya didalam keadaan yang sihat dan selesa hari tu.Dikesempatan ini Aku di blog kasihdikasih! ingin memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat susur kata yang silap dan menyinggung perasaan sekalian.Aku insan biase jee juga mememohon maaf sekiranya ada pertanyaan dan permintaan yang diajukan di emel dan ruangan komen tidak terjawab kerana masa yang tidak mengizinkan membalas permintaan dan pertanyaan kalian.Mohon maaf sekiranya blog Aku tak ade ape2 heheh lame tak berupdate.Sebelom korang balik ke kampung halaman check dulu suis modem dan suis komputer dah off ke blom...KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN PEMBACA BLOG AKU ini kasihdikasih! INGIN MEYUSUN 10 JARI MEMOHON KEMAAFAN..SELAMAT HARI RAYA AIdil adha yang belum lama lepas sebab tak ingat mintak maaf dengan kalian...

Ahad, 29 November 2009

Berkongsi Cerita

Assalammualaikom,salam sejahtera dan salam satu malaysia untuk kalian sahabat-sahabat ku yang budiman ,disini saya amat biasa dengan mengantikan nama ganti diri yang pertama ia itu aku,aku lebih senang dengan membiasakan memanggil nama aku begitu tapi kawan-kawanku bukan itu yang aku nak ceritakan kepada teman semua,untuk pengetahuan teman aku ada terbaca tentang riwayat "Hamka"atau nama penuhnyaProf.Dr Hamka.aku sememangnya ingin menatap peribadi dan martabatnya melalui mana-mana bahan-bahan mahupun di ruangan ini.Kepada Kalian atau teman-teman yang mahu bercerita tentang riwayat dan kehebatan beliau....
Aku harap kalian dapat memberi ulasan ataupun cerita pendik mahupun yang panjang untu aku mengetahui tentang seorang Pujangga Islam ini...jasa baik kalian amatlah aku sanjung-sanjungkan dan aku dahulukan dengan ucapan jutaan terimakasih

Rabu, 30 September 2009

Mungkin ini hari bahagia


kenapa kita selalu dan sering saja merasakan begitu?kerana setiap yang bernama insan sememangnya mengharapkan sebuah kebahagian akan hadir bertandang mengunjungginya.....walaupun dimana jua berada...tetapi kenapa rasa kecewa apabila yang dinantikan tidak kunjung dan tiba....mengapa kita tidak begitu...seharusnya kita sudah memikirkan sebelum kita menunggu sesuatu...yang pastinya 2 kemungkinan ada dan tiada...kalua muncul dan menjelma apa yang anda nantikan itu pasti bahagia datang bertangdang namun seandainya sebaliknya berlaku itu dugaan yang mendatang yang harus kita terima dengan tabah dan jangan sekali-kali pasrah dan mengalah.

redhalah dengan ketentuannya dan sedarlah diri kita adalah makluknya Tuhan....sekiannnnnnn

Sabtu, 11 Julai 2009

Fikirkan!!!

Berfikir adalah aktiviti akal utk mencapai sesuatu maksud.Berfikir kerana Allah SWT ialah menggunakan kekuatan akal diredai oleh Allah SWT.Menggunakan kekuatan akal dan daya taakulan untuk berfikir ke arah sesuatu yang diredai oleh Allah SWT.Menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT kemudian melakukan kajian dan penyelidikan berasaskan jiwa tadabbur yang tinggi membuahkan sesuatu hasil pemikiran yang menghampirkan manusia dengan pencipta-Nya.
Menggunakan kekuatan akal untuk menyuburkan maklumat yang di pandu oleh asas2 yg benar mampu membimbing maknusia utk mencintai kebenaran.Begitu juga menggunakan akal bg membuat sesuatu pertimbangan yg adil dengan merujuk faktor pemikiran dan syarak mampu memandu manusia ke arah natijah yang baik.....Saudara-saudara ku yang budiman bangkitlah dari lena mu yang panjang ,janganlah diri mu lena di buai mimpi-mimpi nan indah dalam mengharungi badai dilautan.Minda mu masih ada kekuatan untuk berfikir bak kuntuman mawar mekar mewangi.Haruman itu harus menjadi baja menyuburi tangkai iman mu.....ibadah dan amalmu terkandung dalam pemikiran mu yang membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan untuk diri mu di dunia dan akhirat...ingatlah berwaspadalah selalu,durjana sentiasa mengikuti dan mengejar mu,kebaikan itujua kita sentiasa perlu berusaha mencarinya....Fikir-fikirkanlah,renung-renunglah selalu "Berfikir Sesaat lebih baik untuk beribadah Seribu tahun"Wassalam

Isnin, 29 Jun 2009

Gambar2 Yang telah diTempah




Gambar Kahwin



Tuan2 dan puan2 jangan lupa yang belum berkahwin tu jemput2lah saya untuk mengambil gambar Anda di hari Yang Penuh Bersejarah Hanya Sekali dalam Hidup anda.Biarlah Kenangan itu menjadi tugu di ingatan anda bersama org yang tersayang...........banyak lagi gambar2 yang bakal saya saksikan nanti........

Jumaat, 26 Jun 2009

Apa itu Falsafah....tajamkanlah!!!!

Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderong kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan memupunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah.
Perkataan "Falsafah" dalam konteks akademik Anglo-Amerika mungkin adalah sesuatu yang mengelirukan. Ia biasanya merujuk kepada tradisi falsafah daripada tamadun barat dengan mengetepikan tradisi falsafah daripada tempat lain. Masalah ini memnjadi lebih rumit lagi apabila didapati tiada perkataan "falsafah" yang wujud dalam tamadun China, Korea, dan Jepun sehingga abab ke-19. Daripada itu, pernah juga sarjana barat yang menyangka bahawa falsafah itu tidak pernah wujud dalam tamadun ini.
Secara kasarnya, falsafah boleh dibahagikan kepada dua tradisi, yakni falsafah barat dan juga falsafah timur. Bagi tradisi falsafah di Afrika, ia masih dianggap terlalu kabur dan asing bagi kebanyakan orang.
Falsafah barat merupakan satu tradisi falsafah yang laku untuk kawasan Eropah, Amerika termasuk latin Amerika, dan juga di Timur Tengah. Falsafah Islam biasanya termasuk juga ke dalam tradisi ini. Falsafah timur pula merujuk kepada tradisi falsafah daripada Benua India dan juga daripada timur jauh seperti China, Korea, dan Jepun.

Farsafah Kasih

Kasih seperti mana yang kita gambarkan, yang kita2 idamkan.......(benar Bukan?)dari kasih melahirkan bibit2 sayang yang agong....Kenapa kita harus berselindung disebalik kasih dan sayang kita itu,sememangnya lahir dari jiwa yang kasih dan sayang, dari dulu2 lagi bukan saja dari nenek moyang kita namun lebih dari itu ,sememjak zaman Nabi Allah Adam lagi,dari kasih dan sayang lahirlah perasaan cinta sesama kita yang bernama mahluk yang wujud di dunia ini.Mengapa kita harus tidak perca semua itu.Mengupas persoalan kasih dan sayang kita tidak melabelkannya hanya kepada sesetengah pihak sahaja.Ia hadir disegenap ruang rasa,ruang rongga,ruang minda dan setiap ruang-ruang yang ada pada kamu.Benar bukan?bukankah begituuuuuu.........ok ape, Siapa kata kita tidak layak berkasih dan dikasih.....Pendek kata ruangan ini mengatakan kasihdikasih.Tentu sekali kita layak dan di bolehkan atau harus!!!!!! berkasih sayang dengan sesiapa saja yang kita Kehendaki......jangan buat jahat,Org tak suka....benar kata maha guru saya...Allah tidak melabelkan kita boleh atau tidak kita berkasih kepada lelaki mahupun wanita untuk kita kasihiii.....kita layak mengasihi segalanya lelaki mahu pun wanita...!!!!!tetapi jangan lah kita berbuat maksiat.....itu menghampiri kepada kehinaan...kalau kita kasih dan sayang kpd org lain InsyaAllah org akan kasih dengan kita,Dan Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..................

Isnin, 11 Mei 2009

Yakin dengan kebolehan diri

Berkeyakinan adalah salah satu wadah untuk meneruskan kehidupan walaupun sesusah bagai mana sekalipun seseorang itu kalau dia yakin dia masih lagi boleh hidup dengan yakin,saya kata di sini dia sememangnya akan hidup lagi lebih lama......Namun walau sekaya manapun seseorang itu kalau dia ada merasakan hidupnya tidak dapat diteruskan tidak lama lagi....., walaupun,dia percaya ajal dan mautnya ditangan tuhan pasti dirinya akan menemui mati yang hampir sehampir-hampir-hampir!yang dia rasakan....kalau tidak pun dia akan menjadi hidup susah mahu mati pun susuah,Bak kata pepatah, itulah orang dalam dilema "hidup segan mati tak mahu"

Namun jangan anda jadi pak anggok....semua benda dan kejadian di dunia ini ada panduanya masing2,ini cuma untuk memenuhi ruang pemikiran, yang membawa kita sama-sama berfikir kearah yang lebih fisitif yang pastinya saya laksanakan amanat untuk menyampaikan kepada anda semua, adalah betapa pentingnya bagi manusia itu berfikir dan bertindak diluar kemampuannya dengan semangat yang jitu dari luar permikirannya yang biasa....yang pasti setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh kita serahkanlah kepada yang maha berkuasa (Allah) kerana dialah yang menentukan segalanya....Amin anda boleh berdoa dengan cara anda masing2